2 Disember 2016

Cik f1224h ke Perlis

Assalamualaikum.


Biasanya penghujung tahun ni mesti ramai yang join trip yang best best kan. Holidays ! Lain pulak dengan Cik Fyza. :( Cuti dah habis. Mana nak berjalan sana sini. Pergi jelah kerja macam biasa. Huhu.



Hujung bulan November haritu, kebetulan Fyza and dua orang lagi kawan Fyza (Nurol and Zafri) kena wakil kan Boss untuk menghadiri lawatan tapak (site visit) di satu company simen di Perlis. Boss pulak bagi kebenaran untuk bermalam  satu hari di sana. Dah alang alang boleh lah bekerja sambil makan angin ye tak ? 



So, nak dijadikan cerita, site visit tu hari rabu pukul 10 pagi. So pukul 12.30 pagi Fyza dah bertolak dengan kawan Fyza bertemankan Si kacak (kereta saga) . Alhamdulillah. Jauh saga berjalan yer sayang. Hehehe. 



Perjalanan yang mengambil masa selama 9 jam tu, alhamdulillah akhirnya sampai juga kami ke tempang yang ingin dituju. ( 9 jam tu bersamaan 2 jam tertido + mandi dekat RNR gurun. Yang ni betul betul lah memberikan pengalaman pada Fyza. Nak mandi pun tak senang. Bila ada orang ketuk ketuk pintu sebab nak mandi juga. Huh ! Kacau betul lah dorang ni. )





Tak bawa lak Jaket ni. Terpaksa pinjam dekat En Hanif. Besar ya amat. Thanks En Hanif. :)




Bila sampai sana, tak sempat sarapan terus g melawat tapak. Ambil masa lama juga lah. Habis je kerja tu, berdesup cari kedai makanan. Lapar sangat dah masa tu. fyza lak sejenis yang tak leh tinggalkan sarapan pagi. Lewat macam mana pun kna makan. Kalau tak macam tak ada tenaga lah nak buat kerja. Haha. 



(tetiba teringat satu kisah. Masa ni ada kerja luar dengan Boss, kena g Bahau. Nak dijadikan cerita kena bertolak awal dalam 8.45. Dalam perjalanan tu, Boss dok tanay Zafri, mana nak cari kedai makan. Pastu Zaf kata tak yah la singgah. Sekali Boss jawab, tak boleh. Kita kena benti makan dulu. Nanti Fyza lapar. Dia tak boleh buat kerja. Haha. Nampak ! Punya lah prihatin Boss Fyza tu kan. Hehe. Okay tutup cerita. )




Okay sambung cerita asal.:p



Lepas makan, dah kenyang. Kitorang pun g Padang Besar ! Yeah Ini tempat yang wajib dikunjungi bila kita g Perlis okay. Lagi lagi perempuan. Kena Pergi. Tempat shopping tu. Hehe. So, dari tempat yang Fyza g tu nak ke Padang Besar cuma ambil masa 15minit je. 




Sampai je, jalan jalan jap. Beli apa patut, terus nak gerak. Nak cari penginapan lak. Yela. Buat nya tak ada. Terpaksa la balik KL time tu juga kan. Huhu.  Time duk berjalan tu tah macam mana tersilap simpang. Tetiba nampak signboart Gua Kelam. Si Nurol ni, dah la dari KL lagi dok sebut nak ke Gua Kelam. Akhirnya gagah juga Zafri mencari. Keinginan Nurol tercapai bila kitorang sampai juga ke Gua Kelam. Alhamdulillah.





Selamat Datang Cik f1224h :)



Sebenarnya ini kali kedua Fyza sampai ke Gua Kelam. Kali pertama tu tahun 2012. Datang dengan budak budak rumah sewa. Time tu Fyza study dekat Jitra Kedah. Alah, dekat jekan nak ke sini. Hehe. Time tu tak dapat masuk au. Sebab tengan renovation. Hampa sangat sangat muka kawan kawan Fyza au. :( Tapi bila Fyza datang sini, teringat dekat dorang. Serius rindu yang teramat.




Dapat masuk gau. :) Dapat lah juga lepaskan rasa terkilan Fyza ni. Sebab tak dapat join Trip Gua Batu Maloi Negeri Sembilan bulan 10 ritu. Diatas sebab yang tak dapat dielakkan. Hehe.
Fyza and Nurol :)

Serius. dalam ni cantik sangat. Walaupun tak memanjat. Just jalan je ikut laluan yang disediakan, tapi penat juga. Letih oi. Haha. 

So korang, datang perlis jangan lupa singgah sini tau. :)



Kitorang keluar dari gua ni sekitar pukul 4.30. So, masih lagi tak jumpa tempat penginapan kan? Agak agak nya mana lah Fyza and kekawan duduk kan? Nak tahu? Tunggu sambungan dia lah ye.



Okay bye.
Cikf1224h
gadisberlesungpipitdua:)















Tiada ulasan: